Wednesday, December 15, 2010

27 questions :)


Ain, my answers for your 27 questions :)

1. nama rakan yang kamu pilih untuk menjawab 27 soalan ini?
nobody kot, anyone yg interested nak jawab soalan ini, jawab je. hihi.

2. siapa yang kamu nak ajak keluar tengok wayang?
my family kot, tak penah tengok sama-sama lagi.

3. restoran first yang sbff kamu bawa kamu makan?
sushi king :) sedapnyaaaa!

4. kamu pernah pergi bukit merah?
of course la penah! 5 kali kott.

5. kali terakhir kamu makan chicken chop?
ohh tak ingat lah! almost 2 months kot dah tak makan.

6. apa yang buat kamu rasa benci dan menyampah?
backstabber! tak sukaaa.

7. nama penuh kamu dalam ic?
siti nur adilah binti ishak.

8. nama adik kamu?
siti nur wardah binti ishak & siti aisyah binti ishak

9. insan tersayang kamu?
emak, ayah, kakak, bangah, adah & adik.
and tak lupa zharif :)

10. adakah kamu mempunyai lesen kereta?
ada laaa! I dah 19 okay?

11. kereta idaman kamu?
mini cooper! tak pun volkswagen.

12. rakan baik kamu di plkn?
are2, norin & mira. rinduuuu gila!

13. benda apa yang kamu paling sayang?
my froggy, nama dia abe.

14. blog kamu ini top ke?
top apanya, ada pun 39 followers ja. hihi.

15. kamu ada sbff?
ada ada :)

16. apa yang kamu suka fikir?
kalau la aku kaya...

17. apa hadiah yang kamu nak dari orang tersayang?
nak rabbit!

18. handphone apa yang kamu sedang pakai sekarang?
SE T715

19. bila birthday kamu?
25th oct 1991.

20. kamu paling manja dengan siapa?
manja kah aku? emak ayah kott.

21. apakah kamu sayang sbff kamu?
more than words :)

22. kamu nak rumah jenis apa?
banglo la, atas bukit!

23. makanan kegemaran?
banyak nih, asalkan spicy.

24. kenangan terindah kamu?
setakat ni, zaman sekolah kat mrsm pendang dulu kott.

25. tempat yang kamu pilih untuk honeymoon?
paris kot.

26. tempat yang kamu pernah pegi dengan rakan-rakan class?
perhentian island. best moment okay!

to ain- actually questions tu ada 26 ja but got two questions for number 6. btw, aku jawab jugakk ni! :)

Monday, December 13, 2010

dari tulang rusuk siapakah aku?


salam alaikum,

tadi aku ada terbaca satu blog ni. memang banyak infos pasal wanita islam. tapi dalam banyak-banyak entri, aku tertarik dengan satu entri ni. tajuknya, wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki iaitu suami mereka sendiri.

Adakah aku boleh bertanya, "dari tulang rusuk siapakah aku?" ataupun tiap-tiap lelaki yang aku lihat, aku boleh bertanya "apakah aku dari tulang rusukmu?" hmm. siapa tulang rusukku? di badan siapakah aku disangkutkan?

aku mula tertanya-tertanya. adakah wajahnya seiras wajah aku? matanya sebundar mata aku, warna kulitnya setona kulit aku? sesungguhnya, aku ingin menjadi tulang rusuk yang mampu menjaga hatinya, yang melindungi jantungnya.

persoalan kedua;
nanti, jumlah lelaki lebih banyak dibandingkan perempuan (beberapa tahun ke depan hal itu akan terjadi), apakah ada lelaki yang tidak kehilangan tulang rusuk atau seorang perempuan merupakan tulang rusuk yang hilang dari lebih seorang lelaki.

Hmm, realistiknya, matematiknya akan berubah?

Penutup, apakah saya masih harus bertanya : ”dari tulang rusuk siapakah aku?” atau buat pengumuman : ”siapa yang kehilangan tulang rusuknya dan belum menemuinya?” hehe :D

angin tak baik

okay, firstly nak cakap pasal facebook. apa pandangan anda tentang facebook? hari ini, malam ini facebook telah menyakiti hati saya. dah facebook, pergi main jauh-jauh. tak nak kawan dengan awak!

tangan tak segan silu nak tekan semua ini.

Bye, Adilah Ishak :)

1. sila buka account setting anda. click pada deactivate account

2. sila pilih yang mana anda suka

3. masukkan password yang betol

4. dan kemudian, sila masukkan huruf-huruf ini untuk pastikan anda tak rabun warna *tiba-tiba saja. takde kena mengena.

okay, bye-bye facebook.
p/s - I'm gonna miss you zoo paradise :)

Saturday, December 11, 2010

apa nak jadi.

pagi tadi, aku dengar bising-bising belakang rumah. aku jenguk ke tingkap. ada dua lelaki yang berbeza bangsa. seorang berbangsa melayu, dan seorang lagi berbangsa cina. si cina seperti sedang menengking si melayu. aku terus ke anjung rumah. bukan jaga tepi kain orang tapi teringin jugak tahu apa yang dibicarakan mereka. suara melayu aku tak dengar, cuma pelat-pelat cina saja yang aku dengar. si melayu sedang memegang mesin memotong rumput manakala si cina berpakaian kemeja. tampak kemas sekali. pasti si melayu diberi tugas dan upah oleh si cina untuk memotong rumput di belakang rumahnya. aku sedikit kecewa. kenapa si melayu itu membiarkan dirinya dihambakan sebegitu sekali. sehingga ditengking oleh si cina. salah apakah dia? ya, si melayu mencari rezeki yang halal untuk menyara anak isteri di rumah. tetapi tidak mampukah dirinya untuk mempertahankan diri sendiri? dia seperti tidak punya kudrat sehingga membiarkan dirinya dimaki, dihamun oleh si cina. sungguh aku kecewa.
petang tadi, aku keluar. nak ambil angin. memang niat nak singgah kedai sebab nak topup. kedai di perumahan aku ada dua, kedai cina dan melayu. aku nak tolong melayu, jadi aku ke kedai melayu. 'abang, ada topup tak?' dia menjawab soalan aku tanpa sedikit pun menoleh ke muka aku. 'ada, tulis la kat buku tu'. apa salahnya senyum. aku takde lah nak tergugat kalau dia senyum. kan sejuk sikit hati customer. hampir sejam aku tunggu topup, tak masuk-masuk. memang bengang la aku. aku pergi kedai itu sekali lagi. kan dah bazir duit minyak aku. tenaga aku nak jalan lagi. haish. ini lah melayu, orang dah nak tolong tapi diri sendiri tak nak maju.
aku pusing-pusing kawasan rumah aku. aku masuk terowong. sungguh kreatif rakyat Malaysia. dinding terowong dicorakkan dengan pelbagai corak-corak menarik. apa salahnya bakat yang terpendam ni digunakan dengan lebih baik. perkataan-perkataan yang tidak elok diconteng sewenang-wenangnya. sungguh malu! jijik aku tengok.
aku pergi tasik, tasik ni memang cantik. boleh tenangkan fikiran tapi sakit hati aku. budak-budak melayu belasan tahun, naik moto ramai-ramai. nak tunjuk skill masing-masing. angkat tayar depan, superman dan entah apa-apa lagi skill. dengan perempuan-perempuan yang muka masih belum matang. tak sayang nyawakah mereka? mana ibu bapa mereka? adakah kekurangan ajaran dari ibu bapa ataupun ibu bapa sendiri menjadi mangsa penipuan anak sendiri? alhamdulillah, aku dididik dengan tegas dan ajaran agama yang cukup oleh ibu bapaku. kalau tak, dulu-dulu pasti aku juga salah seorang pembonceng tetap motosikal-motosikal tersebut. aku nampak budak-budak melayu, berpeluk-peluk kan. tak malukah? masih setahun jagung, tak ada rasa malu bercumbuan di depan orang ramai. sedangkan bangsa lain sedang berjoging, menyihatkan tubuh badan, nak buat otak cergas. sekali lagi aku kecewa.
aku bukan nak hina kaum sendiri. aku cuma rasa kecewa. mana melayu yang penuh dengan adat resam? macam mana melayu nak pegang negara? aku tak pelik kalau suatu hari nanti, bangsa lain yang lebih berjaya, yang pegang negara. penat nenek moyang kita. kesian mereka. aku harap, adik-adik aku, keturunan aku, bukannya salah seorang daripada mereka. amin.


ni aku selitkan 2 keping gambar, malukan?

ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara-perkara seperti ini, amin.

Friday, December 10, 2010

nak jadi kanak-kanak macam dulu-dulu

macam mana nak start cerita?
dari dulu, boleh dikatakan everyday, every evening emak dan ayah pergi memancing. memancing bukan hobi aku. aku tak suka menunggu, tak suka benda yang tiada cabaran. bagi aku memancing itu sangat bosan. aku kena tunggu lama-lama baru dapat ikan. ikan makan umpan, tapi ikan aku tak dapat. siblings yang lain pun ikut emak ayah. aku suka pancing benda lain. pancing apa? haha.
tapi hari itu, aku ikut emak ayah. kakak pun ikut jugak. emak memang tak suka bawak aku. nanti aku bising-bising nak balik. maklumlah, aku memang tak suka memancing. tempat tu cantik sangat. boleh tengok sungai, ada sawah padi, angin sepoi-sepoi bahasa. patutlah emak ayah suka. dapat memancing sambil menghirup udara segar. pasti dapat mengurangkan tekanan kerja. emak dan ayah aku guru sekolah rendah. kanak-kanak memang nakal, mesti penat mengajar. at least, tempat-tempat macam ni, boleh tenangkan fikiran.
aku nampak lembu. teringat seorang kawan aku. dia budak kl, tak ada kampung. lembu pun tak pernah tengok. ayam hidup apatah lagi. aku bersyukur, dilahirkan di kampung, dibesarkan di kampung. at least aku tahu beza lembu dengan kerbau, beza itik dengan angsa. aku kenal pacat dan lintah.
teringat dulu-dulu, masa aku kecil-kecil. dulu aku tinggal di kampung. ada kawan-kawan, kakak abang. main sama-sama. tuju slipar, teng-teng, batu seremban, main basikal, panjat-panjat pokok, lastik-lastik burung, main masak-masak. best sangat. abang aku nakal, dia tak suka aku ikut dia. aku suka mengadu kat emak. tapi aku tak malu, ikut jugak. kalau bukan abang, kakak pasti jadi mangsa. aku kecil lagi masa tu. tadika pun belum lagi. kami ada kawan-kawan. kawan-kawan sepermainan. best sangat. main tuju kasut depan rumah aku. rumah aku dulu kawasannya luas. boleh lari-lari. main teng-teng belakang rumah kak yati sebab ada pasir. situ tempatnya teduh. main tengahari pun takkan hitam. main biji getah sampai lebam tangan. bestnyaaa.
ada satu petang ni, kami pergi memancing. tempat memancing jauh sikit dari rumah aku. dulu-dulu pancing tu buat dari buluh, takpun kayu-kayu yang kuat. aku ingat lagi, aku tak pandai pancing, tapi hari tu aku dapat ikan. seronoknya tak terkata. aku lari balik rumah, kononnya nak tunjuk kat emak. punya la excited sampai terjatuh dalam lumpur. habis satu badan aku kotor. muka dah tak kenal. habis berselut. haha. tapi sampai jugak aku kat rumah. hari tu, mak goreng ikan tu, bagi aku makan hasil tangkapan sendiri. hehe.
satu lagi yang kami akan buat. tiap-tiap kali weekend, ramai-ramai berkelah. bukan dekat air terjun tapi depan rumah aku. depan rumah aku ada pokok nangka. besar dan rendang. kat situ kami buat macam khemah. khemah ala budak-budak la kan. ada kain dan beberapa kayu. makan ramai-ramai. emak letak makanan dalam bekas. masing-masing ada bekalan sendiri. kalau petang-petang hujung minggu, selalu korek tanah tepi rumah aku. sebab dalam tanah tu ada ubi kayu. dah dapat ubi kayu, bakar sendiri. makan ramai-ramai. sedapppp.
kalau time hujan, memang semua hilang. bukan duduk dalam rumah tapi main hujan ramai-ramai. emak susah sikit nak bagi permission main hujan. yelaa, takut demam kan. bila dah dapat peluang tu, jangan sia-siakan. main basikal dalam hujan sambil menyanyi lagu tiga budak hitam. masuk dalam longkang, main air hujan yang bertakung dalam tu. tapi longkang dulu tak macam longkang sekarang. berkonkrit, air yang kotor sebab tercemar, banyak sampah. longkang dulu orang korek, berumput. rumput pun lembut. tidur pun boleh.
aku kesian kat adik-adik aku. tak dapat merasa semua ni. bila kakak, abang dan aku cerita pasal dulu-dulu, ternganga mulut. jealous sebab tak boleh rasa semua tu. kanak-kanak sekarang cuma membesar dengan laptop, handphone, ps2 dah ada ps3 dan teknologi-teknologi canggih zaman sekarang.
seronoknya zaman kanak-kanak dulu. aku rasa untung sangat sebab pernah merasa tinggal di kampung. i have a very happy memory of my childhood and always reminisce it with nostalgia. boleh tak nak jadi kanak-kanak macam dulu balik?

ni aku selitkan gambar.
bukan gambar aku tapi aku pun kecik-kecik macam ni jugak :)



Tuesday, December 7, 2010

Siapa cakap ibu saya tak sporting?


Assalamualaikum.
Macam mana nak start entri ni?
Entrinya bermula,

Pada suatu hari, ohh ha. taktau nak cerita apa.
saya punya kawan, kawan saya punya emak. emak kawan-kawan saya sporting gila.
hinggakan emak mereka sering dijadikan tempat luahan perasaan. tak kiralah cerita sedih, problem dengan kawan-kawan, masalah study dan terkecuali problem wajib untuk remaja sekarang, masalah percintaan lah kan.
saya selalu terfikir, kenapa emak tak sporting macam emak kawan-kawan saya. yang izinkan saya keluar dengan boyfriend. emak lebih suka diam bila saya sebut pasal boyfriend. hmm..
tapi saya tahu kenapa emak buat macam tu. emak tak nak anak-anak emak rosak. emak tak nak terapkan budaya penjajah dalam diri anak-anak emak. emak tak nak anak-anak emak tanggung dosa. emak tak nak dapat dosa gara-gara anak-anak emak. emak takut ayah dapat dosa sebab emak sayang ayah. emak sayang anak-anak emak.
saya bukan macam itu. saya tak suka cerita problem kat emak. mungkin sebab emak saya tak se-sporting emak kawan-kawan saya.
kalau di universiti, bila ada problem, saya call emak. suara emak cukup untuk buat saya senyum, untuk buat hati saya tenang. saya tak pernah cerita problem saya, tapi emak macam tahu. mungkin naluri ibu. emak suka buat lawak. kalau kat rumah emak tak habis-habis kacau ayah. tapi saya tahu emak saya sensitif orangnya. emak tak suka marah. emak tak suka berleter. emak lebih suka simpan marah.
bila kat rumah, saya suka tengok muka emak. mata emak kecik. tak sama dengan mata saya. mata saya bundar, mungkin saya lebih mengikut darah ayah.
tapi hari tu, saya buat emak sedih. saya tipu emak. mesti emak sedih. dilah minta maaf mak. dilah tak sengaja.
hari ini maal hijrah. azam saya untuk tahun ini, nak jadi anak yang berguna. yang boleh membanggakan emak dan ayah.
dan tak akan buat emak ayah terluka.

Monday, November 29, 2010

Berdarah


It's so hard. Memang nampak aku cool and relax tapi dalam hati siapa tahu. Mungkin ini perkara biasa dan tak penting. Tapi traumanya sangat bingit, bingit memekak di telinga tetapi aku biarkan ia membisu tanpa kata. Bukan salah dia dan dia. Bukan salah mereka. Tapi salah saya.

Tak patut aku jumpa dia. Tak patut aku layan mereka sekaligus. Bukan tamak haloba tapi aku nak dua-dua. Susah kan bila hati disuruh memilih. Aku mahu yang terbaik tapi dua-dua baik. Aku mencari konklusi yang mungkin tak menyakiti mana-mana pihak tapi sesungguhnya begitu sukar. Penat otak aku mengulas segala kotak bicara tapi lidah tak membantu. Sering terkelu. Kadang-kadang lidah pun tak boleh percaya. Bukan tak takut dosa tapi aku terpaksa, nak jaga hati mereka. Kalau nak dengar nasihat kawan, telinga penat menadah. Tapi kalau hati tak boleh terima tak guna juga. Otak cuma boleh bantu mentafsir tapi hati yang nak tentukan. Ada akal tapi hati lebih mengawal perasaan. Hmmm, complicated!


Sunday, November 28, 2010

ada jugak mulut nak kena cili ni.

Haa mai cek mai. Dok buat mulut manis kan? Mai nak kasi pedas sikit. Letak cili banyak-banyak. Baru selera sikit nak makan. Okay, aku memang tengah bengang. Mulut bukan main manis. Tu la orang cakap kan, jangan percaya orang hundred percent. Kena batang hidung sendiri. Padan muka kau dilah.
Nak cerita pasal sorang perempuan ni. Tak tahu kenapa dengan dia. I trust her and berharap dia tak cerita kat cupido aku. Tapi YES, dia cerita. Memang panas. Aku ada my own reason kenapa aku tak mengaku. Bukan niat aku nak menipu. Please la, jangan nak pandai-pandai masuk campur. Kan dah bertambah sorang yang aku benci. Cakap bukan main, gelak tawa nampak macam baik. Padahal mulut macam durjana. Kalau tak tahu kenapa aku buat macam tu, jangan lah pandai-pandai. Kononnya nak jadi heroin la? Bagi nampak hebat lah? Come on, sikit pun aku tak kisah. Tapi jangan nak janji segala bagai. Mesti dah rasa hebat kan? Gila Kajol laaa! Syabas!

Wednesday, November 3, 2010

cuk cak!

Boleh tahan berhabuk blog aku. Syiannnnye baby, dah berapa bulan mumy tak kisah kat baby. Ahh, tak kisah tu semua. Kan dah comel ni. Gebu, letak blusher sikit. Pink gitu.
Macam banyak saja benda aku nak cerita. Tapi bila dah ada depan laptop ni, otak mula lah jammed. Apa nak cakap tadi?
Pernah dengar tak orang cakap pasal biskut. Kejap ada kejap tak ada. Kali ni aku nak bercakap pasal pepatah ni. Dulu naik menyampah aku dengar, kejap ada kejap tak ada. Tolong la tukar benda yang lebih menarik sikit. Kejap ada kejap tak ada ni la yang paling menyakitkan hati. Macam nak cakap, 'come on, selalu lah ada!' Main cuk cak memang la best tapi itu permainan budak-budak saja. Kecik-kecik dulu penat dah mak main dengan aku macam itu. Sampai dah jadi permainan turun temurun bila aku main benda yang sama dengan baby yang aku jumpa. Dulu boleh la gelak-gelak bila orang main cuk cak. Sekarang dah macam nak bagi penyepak orang yang main cuk cak ni. Memang la aku comel macam baby kan, nak main cuk cak dengan aku tapi aku bukan baby. Hello, please la jangan main cuk cak dengan I. I nak u selalu ada!

Sunday, June 27, 2010

meaning of friend

I got 'friends'. Bestfriends maybe. Yeah, maybe itu dulu. And now it will never be like before.
FRIENDS,
Thanks for all your kindness before
Thanks for entertained me
Thanks for being my bestfriends for more than 2 years
And Thanks for everything.

*sorry kalau aku menyusahkan hang.
*kpd kawan-kawan yang hang sebut tak suka aku tu, thanks sebab jadi 'kawan' aku :)

and now I know the meaning of bestfriends.
Thanks again 'friends'

Tuesday, June 15, 2010

Kisah pancutan lendir putih.

Malam ni aku ada cerita nak share dengan korang. Kisah Lendir Putih.
Kisahnya bermula..
Sem lepas aku ada kenal dengan sorang jejaka ni. Perkenalan yang tak dijangkakan. Dan kemudian dari perkataan aku kau bertukar menjadi I and u. Cuti mid sem pun bermula. Hubungan kami menjadi semakin intim. Walaupun kami tidak dapat bertemu di campus, tetapi kami tetap berhubung melalui YM atau handphone. Malam itu kami ber-ym. Dia tak jemu-jemu mengajak aku overnight. Tetapi jawapan yang sama akan ku berikan. Tidak.
Selesai sudah mid sem break, aku pulang ke penang. Petang itu, dia text aku. Mengajak aku keluar. Tetapi disebabkan aku masih berada di rumah nenekku, jadi aku tidak dapat keluar bersamanya. Malam itu, aku tiba awal di campus. Dalam pukul 7.30 malam. Jadi around 10 malam, kami keluar untuk mengisi perut yang tengah enak berkeroncong.
Aku berjalan berdua dengannya. Jalan yang sunyi dan gelap. Tambahan pula, malam itu cuaca sangat sejuk. Kami tiba di sebuah kedai yang tidak boleh disebut namanya. Kedai itu hanya kami berdua. Dia memulakan buah bicara. Terasa ada chemistry di antara kami. Sambil berborak tangannya meraba sesuatu. Enak sekali. Tiba-tiba, "creettttttt". Terpancut sesuatu dari bahagian yang dia raba-raba tadi. Aku terkejut. Dalam hati aku berbisik, puas agaknya dia.
Beberapa hari selepas malam itu. Aku ke Jusco bersama rakanku, Eby. Tiba-tiba dia text aku. "u kat mana?" Aku pun membalas, "I kat Jusco." Tidak aku sangka, dia juga berada di Jusco ketika itu. Pagi itu memang dia ada ajak aku keluar untuk menonton wayang pada sebelah petang tetapi disebabkan aku ada kelas, jadi aku tidak dapat pergi bersamanya. Berada di Jusco bersama-sama mungkin peluang kami untuk berdating lagi. Dia mengajak aku menonton wayang, tetapi aku menolak kerana sudah lewat. Jadi kami hanya berjalan-jalan dan berborak-borak.
Dalam perjalanan pulang ke campus, dia mengajak aku untuk makan di sebuah restoran. Aku tidak menolak kerana ini peluang aku untuk menjimatkan duit kerana sudah pasti dia yang akan bayar dinner malam itu.
Kami tiba di restoran itu. Restoran yang gelap dan suasana yang romantik. Aku terasa sesuatu yang tidak dapat aku bayangkan. Tengah rancak berbual, tiba-tiba aku nampak sesuatu berwarna putih dan berlendir terpancut keluar. Tidak aku sangka, lendiran itu mampu keluar tanpa mengharapkan sesuatu yang meransang.
Mulai saat itu, aku mengambil keputusan untuk tidak keluar dengannya lagi kerana dia mempunyai lendiran putih yang banyak dan mudah terpancut.

Haaaa, mesti korang ingat lucah kan kan? Sebenarnya lendiran ni tak seperti apa yang korang fikirkan.
First tu, dia tu raba-raba jerawat dia then dia terpicit. "chretttt" Terpancut nanah putih.
Second tu, dia terbersin. Then terpancut lendiran putih iaitu dinamakan kahak.
Hahahahahaha. Mulai saat itu, aku tidak lagi berdampingan dengannya.

Sunday, June 13, 2010

Tembak!

Sedar tak sedar dah pukul 2.30 pagi. Aku usya-usya blog. Tiba-tiba terasa hati nak bukak satu blog ini. Sumpah muntah hijau aku.

Aku tak salahkan uminya yang mungkin salah membimbing dia ataupun terlebih beri kasih sayang. Tak salah untuk berkongsi dengan orang lain tentang diri sendiri. Tetapi kadang-kadang menyampah juga kalau dah rasa diri tu perfect sangat. Ya satu pujian ANDA HEBAT! Mungkin perkataan itu yang dia nanti-nantikan. Dan aku tak faham apabila dia rasa dia lelaki paling cool dalam dunia. Okay lagi satu pujian ANDA COOL! *jijiksss.

*Malam ini aku terpaksa tidur dalam timbunan muntah hijau gara-gara terbaca blog lelaki itu.

Saturday, June 12, 2010

FULLSTOP.


I MISS YOU.
I WISH YOU COULD BE HERE. BESIDE ME.


Sunday, June 6, 2010

Aku mahu kau yang dulu

Malam itu aku lihat bintang
Bintang yang sentiasa menemani sang bulan
Indahnya malam itu
*taipan terhenti

Pagi itu aku lihat sang suria
Embunan daun masih bersisa
Aku lihat ke langit ada awan berbentuk hati
Mereka seperti memuja romantisnya pagi itu

Aku mahu malam itu jadi malam kita
Dan pagi itu pagi kita...

Kadang-kadang terasa terlalu cepat masa berlalu. Hari ini sudah tidak seperti semalam. Dan hari esok tidak seperti hari ini. Masa sering berlalu tanpa pernah menoleh lagi.
Tetapi sekarang. Dunia kita berbeza. Kau dengan dunia kau dan aku masih dalam dunia aku. Bukan ini yang aku mahu.. *Kaku jemariku

Aku masih di sini. Tanpa kau. Terdiam tanpa nada. Terasa seperti kabus hitam menutupi birai hati. Memendam segala luah dan ruang rasa. Realiti rasa yang bingit memekak ku biarkan membisu tanpa kata.
Aku mahu kau yang dulu.....

Thursday, June 3, 2010

MATI

Sakit sangat bila diri tidak dihargai. Bila usaha dan pengorbanan seperti tidak memberikan apa-apa makna. Bila kesabaran yang ditahan tidak berbaloi dengan feedback yang diberi. Pedih. Perit.

Apa kau baca?

*Sakit hati
Kesian blog ni. Bila sakit hati baru teringat kat U kn? Sorry eh sayang. Malam ni U dapat sentuhan manja jemari I.
Bila hati dah jadi kosong. Nak update blog pun dah tak rasa klimaks macam dulu.

Malam ni macam bosan la pulak. Macam biasa, aku belek-belek facebook. Dan tak lain tak bukan Wany Abdah yang sering menjadi tarikan ku untuk berbalas-balas cerita sambil mengutuk orang. Bukan apa, itu memang hobi. Kalau dah lama tak jumpa, macam-macam ja cerita. Kalau kat kolej masih boleh berkumpul di markas (bilik aku). Jadi facebook aku akan menjadi penghubung utama kerana tidak perlu dibayar untuk setiap wall post yang dipostkan. Cerita jejaka-jejaka handsome yang sememangnya menjadi bualan dahulu sekarang bertukar menjadi kutukan. *menyampah mungkin. Ini sudah menjadi kebiasaan kami. Mungkin tidak sampai dua minggu kami mampu rapat. Mangsa-mangsa yang akan digunakan untuk mengisi masa boring. Jangan salah faham! Ini tiada kena mengena dengan mainan perasaan! Sorry banggg!

Teringat buah hati. Macam biasa tunggu tapi tidak akan membuahkan hasil. KOSONG. Sudah menjadi kebiasaan tidak berhubung sesama sendiri. Bukan sengaja membuahkan rindu tetapi memang hobi kami begitu. *menyampah sebab tipu diri sendiri. Kalau berhubung pun mungkin melalui YM atau aku akan call dia untuk menghilangkan rasa rindu. Bangun pagi sudah pasti tidak mendapat ucapan-ucapan selamat pagi seperti yang dilakukan oleh orang lain atau apa yang aku cuba sampaikan sekarang 'aku nak kau jadi seperti boyfriend bukannya boyfriendssss'.

Dan malam ini. Aku sepi lagi. Masa untuk tidur. Good Night. *sakit hati

Monday, May 31, 2010

sorryyyyy :(

Entah kenapa suddenly aku rasa bersalah. Tak sepatutnya aku share dengan dia. She doesn't know who am I and mesti dia xnak tawu pun aku sapa if aku just nak bagi dia sakit hati. I'm so sorry. Aku memang tak ade niat nak buat cmtu. Maybe perasaan jealous aku terlalu kuat sampai aku tak fikir perasaan orang lain. Why u being so selfish dilah?

To her : I'm so sorry. I takde niat nak buat u sakit hati. Sorry :(

Tuesday, May 25, 2010

I am sorry :(

I am sorry for everything you have been through
It must have been very hard on you
I am sorry for all that's been said and done
I was the moon, you were the sun
I am sorry for not making everything right
But situation I was in was very tight
I am sorry for not lending you a hand
If only i could be a better friend
I am sorry if it seemed like i didn't care
Lucky for you, your special-someone was there
I am sorry for breaking your heart
For forgiveness, where do I start?

Monday, May 24, 2010

LIFE


Occasionally in life there are those moments unutterable fulfillment which cannot be completely explained by those symbols called words. Their meanings can only articulated by the inaudible language of the heart.

peliknya lelaki berbicara soal cinta


Lelaki berbicara soal cinta? Aku bingung. Mungkin bagi orang lain ianya perkara biasa. Geli geleman aku.

Aku pernah terbaca satu blog tentang cinta. Tulisannya menarik sekali. Pada mulanya aku sangkakan penulis itu seorang wanita. Mungkin kerana nama blognya.

Ketika tulisan berbunga, dia sering berbicara soal hati. Mulalah aku pelik, kenapa kau berbicara soal hati? Homoseks kah dia? Gay? Atau lelaki lembut?

Tapi aku ada jawapan yang lebih tepat untuk persoalan ini. Sesekali berpuitis gaya sendiri, mungkin puas baginya. Setiap orang mempunyai jiwa puitis tersendiri kan?

At A Touch Of Love Everyone Becomes A Poet. Kan kan?

aku mahu bicara semula

Setelah sekian lama blog ini tidak di update. Bukan tak nak update tapi hati tidak punya perasaan. Kini aku kembali mahu berbicara. Mungkin bicaranya tidak sehebat hati aku berbicara. Mungkin aku tidak pandai mengekspresikan suara hati aku melalui tulisan.
So many things happened recently, tak tahu mana nak mula (:

Berpindah Sangat Memenatkan
Aku rasa dah seminggu lebih aku berpindah rumah. Seriously it is too tiring. Then ditambah pula aku yang menjadi maid. Tapi aku tak kisah. Mungkin ini peluang aku untuk belajar bagaimana untuk menguruskan rumah tangga aku nanti. Hehe. Even though aku tak pandai masak, at least I know a little bit.

Pagi Ialah Tengahari
Tiada lagi erti pagi dalam hidup aku. Aku tidak akan mengsia-sia kan cuti aku. Almost everyday aku bangun pukul 12. Apa nak jadi anak dara ni kan? Seusai solat subuh, bantal, froggy dan tilam yang empuk akan menjadi teman setia aku. Kalau tiada matahari yang memancar ke jendela bilikku dan bahangnya yang menusuk kulitku, mungkin petang akan menjadi pagiku. Thank you to sunlight!

Learning To Be?
Yeah. Saya sedang belajar menjadi isteri yang sempurna suatu hari nanti. Haha. Mampukah? Mungkin aku sedang belajar menjadi maid. Setakat menguruskan rumah, aku tidak kategorikan dalam 'sempurna'. Mencapai tahap 'biasa' pun aku belum lagi. So, come on Dilah! tingkatkan usaha anda! Gatal. You are just 19 XD

Duit Oh Duit!
Kalaulah ada pohon yang berantingkan perak, berdaunkan duit dan berbuahkan emas tumbuh depan rumahku (:



Sunday, April 25, 2010

demam peperiksaan atau demam rumah?

minggu-minggu yang kerap kalinya diisi dengan aktiviti yang menggembirakan kini telah diganti dengan sesi pembelajaran dan ulangkaji :) thanks to kak wany yang tak jemu mengajar aku economi and tunggu math plak ehhh.
kepada semua ; doakan kejayaan saya.diharapkan apa yang saya usahakan tidak sia-sia.insyaAllah.
perasaan teruja untuk pulang dan menikmati cuti yang begitu lama semakin membuak-buak setelah mendapat tahu kakak aku sedang berada di rumah dengan senang lenangnya.apa-apa pun aku akan mengulangkaji dengan lebih tekun supaya dapat pulang ke rumah dalam situasi yang menyenangkan :)

Saturday, April 17, 2010

untitled

it will so much easier if i can love someone who really love me back :)

final ohh final aummm!

Dengan ini saya berjanji tidak akan keluar ke mana-mana kecuali kawan-kawan saya keluar.hahaha ;D
hebat kan janji aku?
final is around the corner.
aku takot takot takot dan takot.
dilah.bole start study dah.
sudah la.
shut down laptop anda dan sila ke meja study anda.

haish 17 April 2010 :)

mulai saat ini,aku akan menggunakan blog ini dengan sebaiknya dan bukan untuk menulis yang bukan bukan.terima kasih.

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.