Tuesday, June 15, 2010

Kisah pancutan lendir putih.

Malam ni aku ada cerita nak share dengan korang. Kisah Lendir Putih.
Kisahnya bermula..
Sem lepas aku ada kenal dengan sorang jejaka ni. Perkenalan yang tak dijangkakan. Dan kemudian dari perkataan aku kau bertukar menjadi I and u. Cuti mid sem pun bermula. Hubungan kami menjadi semakin intim. Walaupun kami tidak dapat bertemu di campus, tetapi kami tetap berhubung melalui YM atau handphone. Malam itu kami ber-ym. Dia tak jemu-jemu mengajak aku overnight. Tetapi jawapan yang sama akan ku berikan. Tidak.
Selesai sudah mid sem break, aku pulang ke penang. Petang itu, dia text aku. Mengajak aku keluar. Tetapi disebabkan aku masih berada di rumah nenekku, jadi aku tidak dapat keluar bersamanya. Malam itu, aku tiba awal di campus. Dalam pukul 7.30 malam. Jadi around 10 malam, kami keluar untuk mengisi perut yang tengah enak berkeroncong.
Aku berjalan berdua dengannya. Jalan yang sunyi dan gelap. Tambahan pula, malam itu cuaca sangat sejuk. Kami tiba di sebuah kedai yang tidak boleh disebut namanya. Kedai itu hanya kami berdua. Dia memulakan buah bicara. Terasa ada chemistry di antara kami. Sambil berborak tangannya meraba sesuatu. Enak sekali. Tiba-tiba, "creettttttt". Terpancut sesuatu dari bahagian yang dia raba-raba tadi. Aku terkejut. Dalam hati aku berbisik, puas agaknya dia.
Beberapa hari selepas malam itu. Aku ke Jusco bersama rakanku, Eby. Tiba-tiba dia text aku. "u kat mana?" Aku pun membalas, "I kat Jusco." Tidak aku sangka, dia juga berada di Jusco ketika itu. Pagi itu memang dia ada ajak aku keluar untuk menonton wayang pada sebelah petang tetapi disebabkan aku ada kelas, jadi aku tidak dapat pergi bersamanya. Berada di Jusco bersama-sama mungkin peluang kami untuk berdating lagi. Dia mengajak aku menonton wayang, tetapi aku menolak kerana sudah lewat. Jadi kami hanya berjalan-jalan dan berborak-borak.
Dalam perjalanan pulang ke campus, dia mengajak aku untuk makan di sebuah restoran. Aku tidak menolak kerana ini peluang aku untuk menjimatkan duit kerana sudah pasti dia yang akan bayar dinner malam itu.
Kami tiba di restoran itu. Restoran yang gelap dan suasana yang romantik. Aku terasa sesuatu yang tidak dapat aku bayangkan. Tengah rancak berbual, tiba-tiba aku nampak sesuatu berwarna putih dan berlendir terpancut keluar. Tidak aku sangka, lendiran itu mampu keluar tanpa mengharapkan sesuatu yang meransang.
Mulai saat itu, aku mengambil keputusan untuk tidak keluar dengannya lagi kerana dia mempunyai lendiran putih yang banyak dan mudah terpancut.

Haaaa, mesti korang ingat lucah kan kan? Sebenarnya lendiran ni tak seperti apa yang korang fikirkan.
First tu, dia tu raba-raba jerawat dia then dia terpicit. "chretttt" Terpancut nanah putih.
Second tu, dia terbersin. Then terpancut lendiran putih iaitu dinamakan kahak.
Hahahahahaha. Mulai saat itu, aku tidak lagi berdampingan dengannya.

5 comments:

  1. haha . apa la kamu niy . saya ingat kan ap td .
    btw, klaka kotttt =p

    ReplyDelete
  2. haha . mana tao =p
    nsib i bca sampai abis .
    if not.... abis otak i . haha !

    ReplyDelete
  3. hahahhaa.i tamau rosakkan otak kwn2 i!

    ReplyDelete

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.