Monday, November 29, 2010

Berdarah


It's so hard. Memang nampak aku cool and relax tapi dalam hati siapa tahu. Mungkin ini perkara biasa dan tak penting. Tapi traumanya sangat bingit, bingit memekak di telinga tetapi aku biarkan ia membisu tanpa kata. Bukan salah dia dan dia. Bukan salah mereka. Tapi salah saya.

Tak patut aku jumpa dia. Tak patut aku layan mereka sekaligus. Bukan tamak haloba tapi aku nak dua-dua. Susah kan bila hati disuruh memilih. Aku mahu yang terbaik tapi dua-dua baik. Aku mencari konklusi yang mungkin tak menyakiti mana-mana pihak tapi sesungguhnya begitu sukar. Penat otak aku mengulas segala kotak bicara tapi lidah tak membantu. Sering terkelu. Kadang-kadang lidah pun tak boleh percaya. Bukan tak takut dosa tapi aku terpaksa, nak jaga hati mereka. Kalau nak dengar nasihat kawan, telinga penat menadah. Tapi kalau hati tak boleh terima tak guna juga. Otak cuma boleh bantu mentafsir tapi hati yang nak tentukan. Ada akal tapi hati lebih mengawal perasaan. Hmmm, complicated!


Sunday, November 28, 2010

ada jugak mulut nak kena cili ni.

Haa mai cek mai. Dok buat mulut manis kan? Mai nak kasi pedas sikit. Letak cili banyak-banyak. Baru selera sikit nak makan. Okay, aku memang tengah bengang. Mulut bukan main manis. Tu la orang cakap kan, jangan percaya orang hundred percent. Kena batang hidung sendiri. Padan muka kau dilah.
Nak cerita pasal sorang perempuan ni. Tak tahu kenapa dengan dia. I trust her and berharap dia tak cerita kat cupido aku. Tapi YES, dia cerita. Memang panas. Aku ada my own reason kenapa aku tak mengaku. Bukan niat aku nak menipu. Please la, jangan nak pandai-pandai masuk campur. Kan dah bertambah sorang yang aku benci. Cakap bukan main, gelak tawa nampak macam baik. Padahal mulut macam durjana. Kalau tak tahu kenapa aku buat macam tu, jangan lah pandai-pandai. Kononnya nak jadi heroin la? Bagi nampak hebat lah? Come on, sikit pun aku tak kisah. Tapi jangan nak janji segala bagai. Mesti dah rasa hebat kan? Gila Kajol laaa! Syabas!

Wednesday, November 3, 2010

cuk cak!

Boleh tahan berhabuk blog aku. Syiannnnye baby, dah berapa bulan mumy tak kisah kat baby. Ahh, tak kisah tu semua. Kan dah comel ni. Gebu, letak blusher sikit. Pink gitu.
Macam banyak saja benda aku nak cerita. Tapi bila dah ada depan laptop ni, otak mula lah jammed. Apa nak cakap tadi?
Pernah dengar tak orang cakap pasal biskut. Kejap ada kejap tak ada. Kali ni aku nak bercakap pasal pepatah ni. Dulu naik menyampah aku dengar, kejap ada kejap tak ada. Tolong la tukar benda yang lebih menarik sikit. Kejap ada kejap tak ada ni la yang paling menyakitkan hati. Macam nak cakap, 'come on, selalu lah ada!' Main cuk cak memang la best tapi itu permainan budak-budak saja. Kecik-kecik dulu penat dah mak main dengan aku macam itu. Sampai dah jadi permainan turun temurun bila aku main benda yang sama dengan baby yang aku jumpa. Dulu boleh la gelak-gelak bila orang main cuk cak. Sekarang dah macam nak bagi penyepak orang yang main cuk cak ni. Memang la aku comel macam baby kan, nak main cuk cak dengan aku tapi aku bukan baby. Hello, please la jangan main cuk cak dengan I. I nak u selalu ada!

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.