Sunday, June 27, 2010

meaning of friend

I got 'friends'. Bestfriends maybe. Yeah, maybe itu dulu. And now it will never be like before.
FRIENDS,
Thanks for all your kindness before
Thanks for entertained me
Thanks for being my bestfriends for more than 2 years
And Thanks for everything.

*sorry kalau aku menyusahkan hang.
*kpd kawan-kawan yang hang sebut tak suka aku tu, thanks sebab jadi 'kawan' aku :)

and now I know the meaning of bestfriends.
Thanks again 'friends'

Tuesday, June 15, 2010

Kisah pancutan lendir putih.

Malam ni aku ada cerita nak share dengan korang. Kisah Lendir Putih.
Kisahnya bermula..
Sem lepas aku ada kenal dengan sorang jejaka ni. Perkenalan yang tak dijangkakan. Dan kemudian dari perkataan aku kau bertukar menjadi I and u. Cuti mid sem pun bermula. Hubungan kami menjadi semakin intim. Walaupun kami tidak dapat bertemu di campus, tetapi kami tetap berhubung melalui YM atau handphone. Malam itu kami ber-ym. Dia tak jemu-jemu mengajak aku overnight. Tetapi jawapan yang sama akan ku berikan. Tidak.
Selesai sudah mid sem break, aku pulang ke penang. Petang itu, dia text aku. Mengajak aku keluar. Tetapi disebabkan aku masih berada di rumah nenekku, jadi aku tidak dapat keluar bersamanya. Malam itu, aku tiba awal di campus. Dalam pukul 7.30 malam. Jadi around 10 malam, kami keluar untuk mengisi perut yang tengah enak berkeroncong.
Aku berjalan berdua dengannya. Jalan yang sunyi dan gelap. Tambahan pula, malam itu cuaca sangat sejuk. Kami tiba di sebuah kedai yang tidak boleh disebut namanya. Kedai itu hanya kami berdua. Dia memulakan buah bicara. Terasa ada chemistry di antara kami. Sambil berborak tangannya meraba sesuatu. Enak sekali. Tiba-tiba, "creettttttt". Terpancut sesuatu dari bahagian yang dia raba-raba tadi. Aku terkejut. Dalam hati aku berbisik, puas agaknya dia.
Beberapa hari selepas malam itu. Aku ke Jusco bersama rakanku, Eby. Tiba-tiba dia text aku. "u kat mana?" Aku pun membalas, "I kat Jusco." Tidak aku sangka, dia juga berada di Jusco ketika itu. Pagi itu memang dia ada ajak aku keluar untuk menonton wayang pada sebelah petang tetapi disebabkan aku ada kelas, jadi aku tidak dapat pergi bersamanya. Berada di Jusco bersama-sama mungkin peluang kami untuk berdating lagi. Dia mengajak aku menonton wayang, tetapi aku menolak kerana sudah lewat. Jadi kami hanya berjalan-jalan dan berborak-borak.
Dalam perjalanan pulang ke campus, dia mengajak aku untuk makan di sebuah restoran. Aku tidak menolak kerana ini peluang aku untuk menjimatkan duit kerana sudah pasti dia yang akan bayar dinner malam itu.
Kami tiba di restoran itu. Restoran yang gelap dan suasana yang romantik. Aku terasa sesuatu yang tidak dapat aku bayangkan. Tengah rancak berbual, tiba-tiba aku nampak sesuatu berwarna putih dan berlendir terpancut keluar. Tidak aku sangka, lendiran itu mampu keluar tanpa mengharapkan sesuatu yang meransang.
Mulai saat itu, aku mengambil keputusan untuk tidak keluar dengannya lagi kerana dia mempunyai lendiran putih yang banyak dan mudah terpancut.

Haaaa, mesti korang ingat lucah kan kan? Sebenarnya lendiran ni tak seperti apa yang korang fikirkan.
First tu, dia tu raba-raba jerawat dia then dia terpicit. "chretttt" Terpancut nanah putih.
Second tu, dia terbersin. Then terpancut lendiran putih iaitu dinamakan kahak.
Hahahahahaha. Mulai saat itu, aku tidak lagi berdampingan dengannya.

Sunday, June 13, 2010

Tembak!

Sedar tak sedar dah pukul 2.30 pagi. Aku usya-usya blog. Tiba-tiba terasa hati nak bukak satu blog ini. Sumpah muntah hijau aku.

Aku tak salahkan uminya yang mungkin salah membimbing dia ataupun terlebih beri kasih sayang. Tak salah untuk berkongsi dengan orang lain tentang diri sendiri. Tetapi kadang-kadang menyampah juga kalau dah rasa diri tu perfect sangat. Ya satu pujian ANDA HEBAT! Mungkin perkataan itu yang dia nanti-nantikan. Dan aku tak faham apabila dia rasa dia lelaki paling cool dalam dunia. Okay lagi satu pujian ANDA COOL! *jijiksss.

*Malam ini aku terpaksa tidur dalam timbunan muntah hijau gara-gara terbaca blog lelaki itu.

Saturday, June 12, 2010

FULLSTOP.


I MISS YOU.
I WISH YOU COULD BE HERE. BESIDE ME.


Sunday, June 6, 2010

Aku mahu kau yang dulu

Malam itu aku lihat bintang
Bintang yang sentiasa menemani sang bulan
Indahnya malam itu
*taipan terhenti

Pagi itu aku lihat sang suria
Embunan daun masih bersisa
Aku lihat ke langit ada awan berbentuk hati
Mereka seperti memuja romantisnya pagi itu

Aku mahu malam itu jadi malam kita
Dan pagi itu pagi kita...

Kadang-kadang terasa terlalu cepat masa berlalu. Hari ini sudah tidak seperti semalam. Dan hari esok tidak seperti hari ini. Masa sering berlalu tanpa pernah menoleh lagi.
Tetapi sekarang. Dunia kita berbeza. Kau dengan dunia kau dan aku masih dalam dunia aku. Bukan ini yang aku mahu.. *Kaku jemariku

Aku masih di sini. Tanpa kau. Terdiam tanpa nada. Terasa seperti kabus hitam menutupi birai hati. Memendam segala luah dan ruang rasa. Realiti rasa yang bingit memekak ku biarkan membisu tanpa kata.
Aku mahu kau yang dulu.....

Thursday, June 3, 2010

MATI

Sakit sangat bila diri tidak dihargai. Bila usaha dan pengorbanan seperti tidak memberikan apa-apa makna. Bila kesabaran yang ditahan tidak berbaloi dengan feedback yang diberi. Pedih. Perit.

Apa kau baca?

*Sakit hati
Kesian blog ni. Bila sakit hati baru teringat kat U kn? Sorry eh sayang. Malam ni U dapat sentuhan manja jemari I.
Bila hati dah jadi kosong. Nak update blog pun dah tak rasa klimaks macam dulu.

Malam ni macam bosan la pulak. Macam biasa, aku belek-belek facebook. Dan tak lain tak bukan Wany Abdah yang sering menjadi tarikan ku untuk berbalas-balas cerita sambil mengutuk orang. Bukan apa, itu memang hobi. Kalau dah lama tak jumpa, macam-macam ja cerita. Kalau kat kolej masih boleh berkumpul di markas (bilik aku). Jadi facebook aku akan menjadi penghubung utama kerana tidak perlu dibayar untuk setiap wall post yang dipostkan. Cerita jejaka-jejaka handsome yang sememangnya menjadi bualan dahulu sekarang bertukar menjadi kutukan. *menyampah mungkin. Ini sudah menjadi kebiasaan kami. Mungkin tidak sampai dua minggu kami mampu rapat. Mangsa-mangsa yang akan digunakan untuk mengisi masa boring. Jangan salah faham! Ini tiada kena mengena dengan mainan perasaan! Sorry banggg!

Teringat buah hati. Macam biasa tunggu tapi tidak akan membuahkan hasil. KOSONG. Sudah menjadi kebiasaan tidak berhubung sesama sendiri. Bukan sengaja membuahkan rindu tetapi memang hobi kami begitu. *menyampah sebab tipu diri sendiri. Kalau berhubung pun mungkin melalui YM atau aku akan call dia untuk menghilangkan rasa rindu. Bangun pagi sudah pasti tidak mendapat ucapan-ucapan selamat pagi seperti yang dilakukan oleh orang lain atau apa yang aku cuba sampaikan sekarang 'aku nak kau jadi seperti boyfriend bukannya boyfriendssss'.

Dan malam ini. Aku sepi lagi. Masa untuk tidur. Good Night. *sakit hati

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.