Wednesday, December 15, 2010

27 questions :)


Ain, my answers for your 27 questions :)

1. nama rakan yang kamu pilih untuk menjawab 27 soalan ini?
nobody kot, anyone yg interested nak jawab soalan ini, jawab je. hihi.

2. siapa yang kamu nak ajak keluar tengok wayang?
my family kot, tak penah tengok sama-sama lagi.

3. restoran first yang sbff kamu bawa kamu makan?
sushi king :) sedapnyaaaa!

4. kamu pernah pergi bukit merah?
of course la penah! 5 kali kott.

5. kali terakhir kamu makan chicken chop?
ohh tak ingat lah! almost 2 months kot dah tak makan.

6. apa yang buat kamu rasa benci dan menyampah?
backstabber! tak sukaaa.

7. nama penuh kamu dalam ic?
siti nur adilah binti ishak.

8. nama adik kamu?
siti nur wardah binti ishak & siti aisyah binti ishak

9. insan tersayang kamu?
emak, ayah, kakak, bangah, adah & adik.
and tak lupa zharif :)

10. adakah kamu mempunyai lesen kereta?
ada laaa! I dah 19 okay?

11. kereta idaman kamu?
mini cooper! tak pun volkswagen.

12. rakan baik kamu di plkn?
are2, norin & mira. rinduuuu gila!

13. benda apa yang kamu paling sayang?
my froggy, nama dia abe.

14. blog kamu ini top ke?
top apanya, ada pun 39 followers ja. hihi.

15. kamu ada sbff?
ada ada :)

16. apa yang kamu suka fikir?
kalau la aku kaya...

17. apa hadiah yang kamu nak dari orang tersayang?
nak rabbit!

18. handphone apa yang kamu sedang pakai sekarang?
SE T715

19. bila birthday kamu?
25th oct 1991.

20. kamu paling manja dengan siapa?
manja kah aku? emak ayah kott.

21. apakah kamu sayang sbff kamu?
more than words :)

22. kamu nak rumah jenis apa?
banglo la, atas bukit!

23. makanan kegemaran?
banyak nih, asalkan spicy.

24. kenangan terindah kamu?
setakat ni, zaman sekolah kat mrsm pendang dulu kott.

25. tempat yang kamu pilih untuk honeymoon?
paris kot.

26. tempat yang kamu pernah pegi dengan rakan-rakan class?
perhentian island. best moment okay!

to ain- actually questions tu ada 26 ja but got two questions for number 6. btw, aku jawab jugakk ni! :)

Monday, December 13, 2010

dari tulang rusuk siapakah aku?


salam alaikum,

tadi aku ada terbaca satu blog ni. memang banyak infos pasal wanita islam. tapi dalam banyak-banyak entri, aku tertarik dengan satu entri ni. tajuknya, wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki iaitu suami mereka sendiri.

Adakah aku boleh bertanya, "dari tulang rusuk siapakah aku?" ataupun tiap-tiap lelaki yang aku lihat, aku boleh bertanya "apakah aku dari tulang rusukmu?" hmm. siapa tulang rusukku? di badan siapakah aku disangkutkan?

aku mula tertanya-tertanya. adakah wajahnya seiras wajah aku? matanya sebundar mata aku, warna kulitnya setona kulit aku? sesungguhnya, aku ingin menjadi tulang rusuk yang mampu menjaga hatinya, yang melindungi jantungnya.

persoalan kedua;
nanti, jumlah lelaki lebih banyak dibandingkan perempuan (beberapa tahun ke depan hal itu akan terjadi), apakah ada lelaki yang tidak kehilangan tulang rusuk atau seorang perempuan merupakan tulang rusuk yang hilang dari lebih seorang lelaki.

Hmm, realistiknya, matematiknya akan berubah?

Penutup, apakah saya masih harus bertanya : ”dari tulang rusuk siapakah aku?” atau buat pengumuman : ”siapa yang kehilangan tulang rusuknya dan belum menemuinya?” hehe :D

angin tak baik

okay, firstly nak cakap pasal facebook. apa pandangan anda tentang facebook? hari ini, malam ini facebook telah menyakiti hati saya. dah facebook, pergi main jauh-jauh. tak nak kawan dengan awak!

tangan tak segan silu nak tekan semua ini.

Bye, Adilah Ishak :)

1. sila buka account setting anda. click pada deactivate account

2. sila pilih yang mana anda suka

3. masukkan password yang betol

4. dan kemudian, sila masukkan huruf-huruf ini untuk pastikan anda tak rabun warna *tiba-tiba saja. takde kena mengena.

okay, bye-bye facebook.
p/s - I'm gonna miss you zoo paradise :)

Saturday, December 11, 2010

apa nak jadi.

pagi tadi, aku dengar bising-bising belakang rumah. aku jenguk ke tingkap. ada dua lelaki yang berbeza bangsa. seorang berbangsa melayu, dan seorang lagi berbangsa cina. si cina seperti sedang menengking si melayu. aku terus ke anjung rumah. bukan jaga tepi kain orang tapi teringin jugak tahu apa yang dibicarakan mereka. suara melayu aku tak dengar, cuma pelat-pelat cina saja yang aku dengar. si melayu sedang memegang mesin memotong rumput manakala si cina berpakaian kemeja. tampak kemas sekali. pasti si melayu diberi tugas dan upah oleh si cina untuk memotong rumput di belakang rumahnya. aku sedikit kecewa. kenapa si melayu itu membiarkan dirinya dihambakan sebegitu sekali. sehingga ditengking oleh si cina. salah apakah dia? ya, si melayu mencari rezeki yang halal untuk menyara anak isteri di rumah. tetapi tidak mampukah dirinya untuk mempertahankan diri sendiri? dia seperti tidak punya kudrat sehingga membiarkan dirinya dimaki, dihamun oleh si cina. sungguh aku kecewa.
petang tadi, aku keluar. nak ambil angin. memang niat nak singgah kedai sebab nak topup. kedai di perumahan aku ada dua, kedai cina dan melayu. aku nak tolong melayu, jadi aku ke kedai melayu. 'abang, ada topup tak?' dia menjawab soalan aku tanpa sedikit pun menoleh ke muka aku. 'ada, tulis la kat buku tu'. apa salahnya senyum. aku takde lah nak tergugat kalau dia senyum. kan sejuk sikit hati customer. hampir sejam aku tunggu topup, tak masuk-masuk. memang bengang la aku. aku pergi kedai itu sekali lagi. kan dah bazir duit minyak aku. tenaga aku nak jalan lagi. haish. ini lah melayu, orang dah nak tolong tapi diri sendiri tak nak maju.
aku pusing-pusing kawasan rumah aku. aku masuk terowong. sungguh kreatif rakyat Malaysia. dinding terowong dicorakkan dengan pelbagai corak-corak menarik. apa salahnya bakat yang terpendam ni digunakan dengan lebih baik. perkataan-perkataan yang tidak elok diconteng sewenang-wenangnya. sungguh malu! jijik aku tengok.
aku pergi tasik, tasik ni memang cantik. boleh tenangkan fikiran tapi sakit hati aku. budak-budak melayu belasan tahun, naik moto ramai-ramai. nak tunjuk skill masing-masing. angkat tayar depan, superman dan entah apa-apa lagi skill. dengan perempuan-perempuan yang muka masih belum matang. tak sayang nyawakah mereka? mana ibu bapa mereka? adakah kekurangan ajaran dari ibu bapa ataupun ibu bapa sendiri menjadi mangsa penipuan anak sendiri? alhamdulillah, aku dididik dengan tegas dan ajaran agama yang cukup oleh ibu bapaku. kalau tak, dulu-dulu pasti aku juga salah seorang pembonceng tetap motosikal-motosikal tersebut. aku nampak budak-budak melayu, berpeluk-peluk kan. tak malukah? masih setahun jagung, tak ada rasa malu bercumbuan di depan orang ramai. sedangkan bangsa lain sedang berjoging, menyihatkan tubuh badan, nak buat otak cergas. sekali lagi aku kecewa.
aku bukan nak hina kaum sendiri. aku cuma rasa kecewa. mana melayu yang penuh dengan adat resam? macam mana melayu nak pegang negara? aku tak pelik kalau suatu hari nanti, bangsa lain yang lebih berjaya, yang pegang negara. penat nenek moyang kita. kesian mereka. aku harap, adik-adik aku, keturunan aku, bukannya salah seorang daripada mereka. amin.


ni aku selitkan 2 keping gambar, malukan?

ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara-perkara seperti ini, amin.

Friday, December 10, 2010

nak jadi kanak-kanak macam dulu-dulu

macam mana nak start cerita?
dari dulu, boleh dikatakan everyday, every evening emak dan ayah pergi memancing. memancing bukan hobi aku. aku tak suka menunggu, tak suka benda yang tiada cabaran. bagi aku memancing itu sangat bosan. aku kena tunggu lama-lama baru dapat ikan. ikan makan umpan, tapi ikan aku tak dapat. siblings yang lain pun ikut emak ayah. aku suka pancing benda lain. pancing apa? haha.
tapi hari itu, aku ikut emak ayah. kakak pun ikut jugak. emak memang tak suka bawak aku. nanti aku bising-bising nak balik. maklumlah, aku memang tak suka memancing. tempat tu cantik sangat. boleh tengok sungai, ada sawah padi, angin sepoi-sepoi bahasa. patutlah emak ayah suka. dapat memancing sambil menghirup udara segar. pasti dapat mengurangkan tekanan kerja. emak dan ayah aku guru sekolah rendah. kanak-kanak memang nakal, mesti penat mengajar. at least, tempat-tempat macam ni, boleh tenangkan fikiran.
aku nampak lembu. teringat seorang kawan aku. dia budak kl, tak ada kampung. lembu pun tak pernah tengok. ayam hidup apatah lagi. aku bersyukur, dilahirkan di kampung, dibesarkan di kampung. at least aku tahu beza lembu dengan kerbau, beza itik dengan angsa. aku kenal pacat dan lintah.
teringat dulu-dulu, masa aku kecil-kecil. dulu aku tinggal di kampung. ada kawan-kawan, kakak abang. main sama-sama. tuju slipar, teng-teng, batu seremban, main basikal, panjat-panjat pokok, lastik-lastik burung, main masak-masak. best sangat. abang aku nakal, dia tak suka aku ikut dia. aku suka mengadu kat emak. tapi aku tak malu, ikut jugak. kalau bukan abang, kakak pasti jadi mangsa. aku kecil lagi masa tu. tadika pun belum lagi. kami ada kawan-kawan. kawan-kawan sepermainan. best sangat. main tuju kasut depan rumah aku. rumah aku dulu kawasannya luas. boleh lari-lari. main teng-teng belakang rumah kak yati sebab ada pasir. situ tempatnya teduh. main tengahari pun takkan hitam. main biji getah sampai lebam tangan. bestnyaaa.
ada satu petang ni, kami pergi memancing. tempat memancing jauh sikit dari rumah aku. dulu-dulu pancing tu buat dari buluh, takpun kayu-kayu yang kuat. aku ingat lagi, aku tak pandai pancing, tapi hari tu aku dapat ikan. seronoknya tak terkata. aku lari balik rumah, kononnya nak tunjuk kat emak. punya la excited sampai terjatuh dalam lumpur. habis satu badan aku kotor. muka dah tak kenal. habis berselut. haha. tapi sampai jugak aku kat rumah. hari tu, mak goreng ikan tu, bagi aku makan hasil tangkapan sendiri. hehe.
satu lagi yang kami akan buat. tiap-tiap kali weekend, ramai-ramai berkelah. bukan dekat air terjun tapi depan rumah aku. depan rumah aku ada pokok nangka. besar dan rendang. kat situ kami buat macam khemah. khemah ala budak-budak la kan. ada kain dan beberapa kayu. makan ramai-ramai. emak letak makanan dalam bekas. masing-masing ada bekalan sendiri. kalau petang-petang hujung minggu, selalu korek tanah tepi rumah aku. sebab dalam tanah tu ada ubi kayu. dah dapat ubi kayu, bakar sendiri. makan ramai-ramai. sedapppp.
kalau time hujan, memang semua hilang. bukan duduk dalam rumah tapi main hujan ramai-ramai. emak susah sikit nak bagi permission main hujan. yelaa, takut demam kan. bila dah dapat peluang tu, jangan sia-siakan. main basikal dalam hujan sambil menyanyi lagu tiga budak hitam. masuk dalam longkang, main air hujan yang bertakung dalam tu. tapi longkang dulu tak macam longkang sekarang. berkonkrit, air yang kotor sebab tercemar, banyak sampah. longkang dulu orang korek, berumput. rumput pun lembut. tidur pun boleh.
aku kesian kat adik-adik aku. tak dapat merasa semua ni. bila kakak, abang dan aku cerita pasal dulu-dulu, ternganga mulut. jealous sebab tak boleh rasa semua tu. kanak-kanak sekarang cuma membesar dengan laptop, handphone, ps2 dah ada ps3 dan teknologi-teknologi canggih zaman sekarang.
seronoknya zaman kanak-kanak dulu. aku rasa untung sangat sebab pernah merasa tinggal di kampung. i have a very happy memory of my childhood and always reminisce it with nostalgia. boleh tak nak jadi kanak-kanak macam dulu balik?

ni aku selitkan gambar.
bukan gambar aku tapi aku pun kecik-kecik macam ni jugak :)



Tuesday, December 7, 2010

Siapa cakap ibu saya tak sporting?


Assalamualaikum.
Macam mana nak start entri ni?
Entrinya bermula,

Pada suatu hari, ohh ha. taktau nak cerita apa.
saya punya kawan, kawan saya punya emak. emak kawan-kawan saya sporting gila.
hinggakan emak mereka sering dijadikan tempat luahan perasaan. tak kiralah cerita sedih, problem dengan kawan-kawan, masalah study dan terkecuali problem wajib untuk remaja sekarang, masalah percintaan lah kan.
saya selalu terfikir, kenapa emak tak sporting macam emak kawan-kawan saya. yang izinkan saya keluar dengan boyfriend. emak lebih suka diam bila saya sebut pasal boyfriend. hmm..
tapi saya tahu kenapa emak buat macam tu. emak tak nak anak-anak emak rosak. emak tak nak terapkan budaya penjajah dalam diri anak-anak emak. emak tak nak anak-anak emak tanggung dosa. emak tak nak dapat dosa gara-gara anak-anak emak. emak takut ayah dapat dosa sebab emak sayang ayah. emak sayang anak-anak emak.
saya bukan macam itu. saya tak suka cerita problem kat emak. mungkin sebab emak saya tak se-sporting emak kawan-kawan saya.
kalau di universiti, bila ada problem, saya call emak. suara emak cukup untuk buat saya senyum, untuk buat hati saya tenang. saya tak pernah cerita problem saya, tapi emak macam tahu. mungkin naluri ibu. emak suka buat lawak. kalau kat rumah emak tak habis-habis kacau ayah. tapi saya tahu emak saya sensitif orangnya. emak tak suka marah. emak tak suka berleter. emak lebih suka simpan marah.
bila kat rumah, saya suka tengok muka emak. mata emak kecik. tak sama dengan mata saya. mata saya bundar, mungkin saya lebih mengikut darah ayah.
tapi hari tu, saya buat emak sedih. saya tipu emak. mesti emak sedih. dilah minta maaf mak. dilah tak sengaja.
hari ini maal hijrah. azam saya untuk tahun ini, nak jadi anak yang berguna. yang boleh membanggakan emak dan ayah.
dan tak akan buat emak ayah terluka.

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.