Bintang yang sentiasa menemani sang bulan
Indahnya malam itu
*taipan terhenti
Pagi itu aku lihat sang suria
Embunan daun masih bersisa
Aku lihat ke langit ada awan berbentuk hati
Mereka seperti memuja romantisnya pagi itu
Aku mahu malam itu jadi malam kita
Dan pagi itu pagi kita...
Kadang-kadang terasa terlalu cepat masa berlalu. Hari ini sudah tidak seperti semalam. Dan hari esok tidak seperti hari ini. Masa sering berlalu tanpa pernah menoleh lagi.
Tetapi sekarang. Dunia kita berbeza. Kau dengan dunia kau dan aku masih dalam dunia aku. Bukan ini yang aku mahu.. *Kaku jemariku
Aku masih di sini. Tanpa kau. Terdiam tanpa nada. Terasa seperti kabus hitam menutupi birai hati. Memendam segala luah dan ruang rasa. Realiti rasa yang bingit memekak ku biarkan membisu tanpa kata.
Aku mahu kau yang dulu.....
No comments:
Post a Comment