Thursday, June 3, 2010

Apa kau baca?

*Sakit hati
Kesian blog ni. Bila sakit hati baru teringat kat U kn? Sorry eh sayang. Malam ni U dapat sentuhan manja jemari I.
Bila hati dah jadi kosong. Nak update blog pun dah tak rasa klimaks macam dulu.

Malam ni macam bosan la pulak. Macam biasa, aku belek-belek facebook. Dan tak lain tak bukan Wany Abdah yang sering menjadi tarikan ku untuk berbalas-balas cerita sambil mengutuk orang. Bukan apa, itu memang hobi. Kalau dah lama tak jumpa, macam-macam ja cerita. Kalau kat kolej masih boleh berkumpul di markas (bilik aku). Jadi facebook aku akan menjadi penghubung utama kerana tidak perlu dibayar untuk setiap wall post yang dipostkan. Cerita jejaka-jejaka handsome yang sememangnya menjadi bualan dahulu sekarang bertukar menjadi kutukan. *menyampah mungkin. Ini sudah menjadi kebiasaan kami. Mungkin tidak sampai dua minggu kami mampu rapat. Mangsa-mangsa yang akan digunakan untuk mengisi masa boring. Jangan salah faham! Ini tiada kena mengena dengan mainan perasaan! Sorry banggg!

Teringat buah hati. Macam biasa tunggu tapi tidak akan membuahkan hasil. KOSONG. Sudah menjadi kebiasaan tidak berhubung sesama sendiri. Bukan sengaja membuahkan rindu tetapi memang hobi kami begitu. *menyampah sebab tipu diri sendiri. Kalau berhubung pun mungkin melalui YM atau aku akan call dia untuk menghilangkan rasa rindu. Bangun pagi sudah pasti tidak mendapat ucapan-ucapan selamat pagi seperti yang dilakukan oleh orang lain atau apa yang aku cuba sampaikan sekarang 'aku nak kau jadi seperti boyfriend bukannya boyfriendssss'.

Dan malam ini. Aku sepi lagi. Masa untuk tidur. Good Night. *sakit hati

No comments:

Post a Comment

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.