Monday, December 13, 2010

dari tulang rusuk siapakah aku?


salam alaikum,

tadi aku ada terbaca satu blog ni. memang banyak infos pasal wanita islam. tapi dalam banyak-banyak entri, aku tertarik dengan satu entri ni. tajuknya, wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki iaitu suami mereka sendiri.

Adakah aku boleh bertanya, "dari tulang rusuk siapakah aku?" ataupun tiap-tiap lelaki yang aku lihat, aku boleh bertanya "apakah aku dari tulang rusukmu?" hmm. siapa tulang rusukku? di badan siapakah aku disangkutkan?

aku mula tertanya-tertanya. adakah wajahnya seiras wajah aku? matanya sebundar mata aku, warna kulitnya setona kulit aku? sesungguhnya, aku ingin menjadi tulang rusuk yang mampu menjaga hatinya, yang melindungi jantungnya.

persoalan kedua;
nanti, jumlah lelaki lebih banyak dibandingkan perempuan (beberapa tahun ke depan hal itu akan terjadi), apakah ada lelaki yang tidak kehilangan tulang rusuk atau seorang perempuan merupakan tulang rusuk yang hilang dari lebih seorang lelaki.

Hmm, realistiknya, matematiknya akan berubah?

Penutup, apakah saya masih harus bertanya : ”dari tulang rusuk siapakah aku?” atau buat pengumuman : ”siapa yang kehilangan tulang rusuknya dan belum menemuinya?” hehe :D

No comments:

Post a Comment

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.