Sunday, January 30, 2011

aku tahu maknanya


pada suatu malam, terasa hendak ke bulan. nak petik bintang-bintang. sesungguhnya aku memang sering punya hajat yang tak mungkin dapat ku capai. berangan! hati tergerak nak hirup udara yang kononnya segar. bintang ohh bintang. banyaknya bintang malam ini namun tiada satu dapat aku capai. berangan lagi!
bintang aku tak dapat, bulan aku tak dapat. aku dapat hati lah weh! alangkah gumbiranya rasa kalau hati ni aku dapat sampai bila-bila! hati ni terbaik dari ladang weh. bukan ladang kelapa sawit, bukan ladang getah. ladang cinta lah! weyyy oh weyyy, bukan main seronok aku.

okay, ini bukan angan-angan. ini kisah benar! sumpah adilah tak tipu. desas desus hidup aku sering bertukar tona. tak percaya? alangkah seronoknya kalu sintom-sintom angau aku boleh terjah ke alam nyata. gelap. di antara kita cuma gelap. kau dan aku ada sesuatu. ianya emas, sering bersinar. kotak-kotak kata sering merunsing minda. minda mampu bicara dan cuma hati dapat membaca.

maaf, tiada ucapan selamat tinggal untuk kau. itu akan membutakan aku dengan sunyi selekoh-selekoh jalan aku mengenali kau. tapi aku tak perlu bergerak pantas. aku perlu bersabar. liku-liku yang mencucuk telapak kaki aku, masih terasa. pusing yang meminar masih terasa. sama seperti bumi yang sedang berputar.

aku nampak siang, gah nya sang matahari. aku nampak malam, tegassnya sang bulan. aku mahu seperti mereka. tak jemu menemani sang bumi berputar. aku mahu seperti embun yang tak pernah jemu memuja indahnya pagi kita.

aku akan biarkan cerita kita seperti cerita mereka. tak pernah lelah berceloteh. aku akan sentiasa membiarkan kau bersuara, sama seperti mereka. kerana aku tahu, kau satu dalam sejuta.

aku tahu maknanya, kau satu dalam sejuta :)

No comments:

Post a Comment

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.