Tuesday, January 25, 2011

thank you friends.

heyy awak. boleh tak bercakap dgn saya? cepat laaa cakap cepat la!
i wish u have a mouth and do talk to me when i need an advice. i wish you have ears, and listen to me when i got a problem. i wish u have a heart, and do have the same feeling with me.
hmm, there are so many things happened recently :(

kalau nak bercakap pasal kawan, saya dah penat. penat untuk ada kawan-kawan. saya perlukan sahabat. please do understand!

kawan? kawan cuma ada bila saya senang. bila saya ada kereta. bila saya ada duit. bila saya ada something yang boleh beri kesenangan kepada mereka. bila saya ada masalah? ada tak?
kawan? kawan ada mata. boleh nampak kesenangan orang. boleh guna sama-sama kesenangan tu? boleh nampak keburukan orang. boleh meninggalkan orang bila nampak buruknya seseorang tu, kan? kalau macam tu, saya nak ada kawan yang buta. boleh sama-sama pimpin tangan masa berjalan. boleh saya pegang tangan dia bila dia nak melintas jalan. kalau jatuh, boleh jatuh sama-sama. sakit sama-sama.

kawan ada telinga, boleh mendengar. sebab tu saya cerita masalah kat kawan. untuk lepaskan rasa sedih saya, rasa gembira saya. tapi saya perlukan kawan yang ada package. pendengaran dan kepercayaan. pendengaran untuk mendengar masalah saya. kepercayaan untuk simpan masalah-masalah saya. tapi susah nak dapat kawan yang ada package tu. mungkin saya perlukan kawan yang pekak. yang tidak boleh mendengar. supaya saya boleh luahkan rasa sedih saya, marah saya tanpa dia mendengar.

kawan saya ada mulut, boleh bercakap. mungkin kawan boleh menasihati saya atau memberi pandangan. kesian kawan saya. mungkin kawan pun tak boleh bagi nasihat sebab tu dia perlukan pandangan orang lain untuk settle kan masalah saya. sebab tu dia cerita kat semua orang, supaya saya lebih mempunyai ramai kawan-kawan yang sama dengan dia. tapi, saya sedih. kawan saya tak pegang amanah saya. kalau saya tahu benda ni nak jadi, saya tak kan cerita kat kawan yang ada mulut, yang boleh bercakap. saya akan ceritakan semua masalah saya kepada kawan yang bisu, yang ada mulut tapi tak mampu untuk bercakap.
.......................................................

tapi sebenarnya, saya tak perlukan kawan. kawan sama saja macam saya. yang saya perlukan adalah Allah. Allah yang esa. Allah itu Wujud. Allah ada semua yang saya nak. Sama' iaitu mendengar, Basar iaitu melihat, dan Kalam iaitu berkata-kata. tapi bila saya berkomunikasi dengan Allah, ada orang cakap saya tak ikhlas, saya cuma menunjuk-nunjuk kat orang yang saya ini solat, membaca Al-Quran. Astaghfirullahalazim, itu amalan saya dengan Allah. ikhlasnya saya, Allah saja yang tahu. saya sedih sangat, sedih bila ada kawan yang hanya mampu melihat dari sudut negatif.
mungkin semua ni cuma dugaan dari Allah supaya saya lebih kuat, lebih sabar. supaya saya lebih mengingatinya.

p/s - saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua 'kawan-kawan' saya. mungkin adanya kurang saya. sebab manusia tak pernah sempurna. sekali lagi saya minta maaf.

sini saya sertakan poem. untuk 'kawan-kawan' saya.

Thank you, friend, for all the things
That mean so much to me--
For concern and understanding
You give abundantly.

Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you.

Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain.

For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend.

"Being hurt by those you truly care about,
leaves a hole in your heart"

No comments:

Post a Comment

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.