Monday, November 29, 2010

Berdarah


It's so hard. Memang nampak aku cool and relax tapi dalam hati siapa tahu. Mungkin ini perkara biasa dan tak penting. Tapi traumanya sangat bingit, bingit memekak di telinga tetapi aku biarkan ia membisu tanpa kata. Bukan salah dia dan dia. Bukan salah mereka. Tapi salah saya.

Tak patut aku jumpa dia. Tak patut aku layan mereka sekaligus. Bukan tamak haloba tapi aku nak dua-dua. Susah kan bila hati disuruh memilih. Aku mahu yang terbaik tapi dua-dua baik. Aku mencari konklusi yang mungkin tak menyakiti mana-mana pihak tapi sesungguhnya begitu sukar. Penat otak aku mengulas segala kotak bicara tapi lidah tak membantu. Sering terkelu. Kadang-kadang lidah pun tak boleh percaya. Bukan tak takut dosa tapi aku terpaksa, nak jaga hati mereka. Kalau nak dengar nasihat kawan, telinga penat menadah. Tapi kalau hati tak boleh terima tak guna juga. Otak cuma boleh bantu mentafsir tapi hati yang nak tentukan. Ada akal tapi hati lebih mengawal perasaan. Hmmm, complicated!


No comments:

Post a Comment

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.