Saturday, December 11, 2010

apa nak jadi.

pagi tadi, aku dengar bising-bising belakang rumah. aku jenguk ke tingkap. ada dua lelaki yang berbeza bangsa. seorang berbangsa melayu, dan seorang lagi berbangsa cina. si cina seperti sedang menengking si melayu. aku terus ke anjung rumah. bukan jaga tepi kain orang tapi teringin jugak tahu apa yang dibicarakan mereka. suara melayu aku tak dengar, cuma pelat-pelat cina saja yang aku dengar. si melayu sedang memegang mesin memotong rumput manakala si cina berpakaian kemeja. tampak kemas sekali. pasti si melayu diberi tugas dan upah oleh si cina untuk memotong rumput di belakang rumahnya. aku sedikit kecewa. kenapa si melayu itu membiarkan dirinya dihambakan sebegitu sekali. sehingga ditengking oleh si cina. salah apakah dia? ya, si melayu mencari rezeki yang halal untuk menyara anak isteri di rumah. tetapi tidak mampukah dirinya untuk mempertahankan diri sendiri? dia seperti tidak punya kudrat sehingga membiarkan dirinya dimaki, dihamun oleh si cina. sungguh aku kecewa.
petang tadi, aku keluar. nak ambil angin. memang niat nak singgah kedai sebab nak topup. kedai di perumahan aku ada dua, kedai cina dan melayu. aku nak tolong melayu, jadi aku ke kedai melayu. 'abang, ada topup tak?' dia menjawab soalan aku tanpa sedikit pun menoleh ke muka aku. 'ada, tulis la kat buku tu'. apa salahnya senyum. aku takde lah nak tergugat kalau dia senyum. kan sejuk sikit hati customer. hampir sejam aku tunggu topup, tak masuk-masuk. memang bengang la aku. aku pergi kedai itu sekali lagi. kan dah bazir duit minyak aku. tenaga aku nak jalan lagi. haish. ini lah melayu, orang dah nak tolong tapi diri sendiri tak nak maju.
aku pusing-pusing kawasan rumah aku. aku masuk terowong. sungguh kreatif rakyat Malaysia. dinding terowong dicorakkan dengan pelbagai corak-corak menarik. apa salahnya bakat yang terpendam ni digunakan dengan lebih baik. perkataan-perkataan yang tidak elok diconteng sewenang-wenangnya. sungguh malu! jijik aku tengok.
aku pergi tasik, tasik ni memang cantik. boleh tenangkan fikiran tapi sakit hati aku. budak-budak melayu belasan tahun, naik moto ramai-ramai. nak tunjuk skill masing-masing. angkat tayar depan, superman dan entah apa-apa lagi skill. dengan perempuan-perempuan yang muka masih belum matang. tak sayang nyawakah mereka? mana ibu bapa mereka? adakah kekurangan ajaran dari ibu bapa ataupun ibu bapa sendiri menjadi mangsa penipuan anak sendiri? alhamdulillah, aku dididik dengan tegas dan ajaran agama yang cukup oleh ibu bapaku. kalau tak, dulu-dulu pasti aku juga salah seorang pembonceng tetap motosikal-motosikal tersebut. aku nampak budak-budak melayu, berpeluk-peluk kan. tak malukah? masih setahun jagung, tak ada rasa malu bercumbuan di depan orang ramai. sedangkan bangsa lain sedang berjoging, menyihatkan tubuh badan, nak buat otak cergas. sekali lagi aku kecewa.
aku bukan nak hina kaum sendiri. aku cuma rasa kecewa. mana melayu yang penuh dengan adat resam? macam mana melayu nak pegang negara? aku tak pelik kalau suatu hari nanti, bangsa lain yang lebih berjaya, yang pegang negara. penat nenek moyang kita. kesian mereka. aku harap, adik-adik aku, keturunan aku, bukannya salah seorang daripada mereka. amin.


ni aku selitkan 2 keping gambar, malukan?

ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara-perkara seperti ini, amin.

1 comment:

[ordinary person]

My photo
weird. very clumsy. confused. forgetful. unpredictable but you'll be entertained.